Diabetes atau lebih dikenali sebagai kencing manis boleh dikategorikan kepada dua jenis:
Jenis I: Gula tidak dapat diurai kerana organ pankreas gagal menghasilkan insulin menyebabkan gula terkumpul dalam saluran darah dan melukakan saluran darah dan tisu badan.
Jenis II: Pankreas boleh menghasilkan insulin secara normal namun sistem metabolisme badan tidak boleh menggunakannya untuk penguraian gula menyebabkan gula terkumpul dalam saluran darah dan melukakan saluran darah dan tisu badan.
Diabetes Jenis II adalah yang paling biasa berlaku pada hari ini. Diabetes Jenis II juga boleh dikaitkan dengan fungsi enzim yang merosot ataupun rosak. Apabila enzim penguraian rosak, gula tidak dapat diuraikan dan seterusnya akan terkumpul secara berlebihan di dalam darah.
Gambar di bawah menunjukkan secara ringkas tentang bagaimana kencing manis berlaku dan bagaimana cara terbaik mengatasinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan