Khamis, 6 November 2014

Sembuhkan Kanser

Sembuhkan Kanser Secara Semulajadi

Untuk menyembuhkan kanser adalah penting untuk kita tahu bagaimana kanser bermula. Kanser bermula apabila sel yang sihat bermutasi akibat diracuni oleh toksin yang masuk ke dalam badan kita. Kanser juga boleh berlaku apabila sel kanser yang tidak aktif yang juga dikenali sebagai 'benign cell' menjadi aktif yang juga dikenali sebagai 'malignant cell'. Terdapat banyak 'benign cell' dalam badan manusia dan ianya tidak bahaya. 'Benign cell' berfungsi menyerap / menyimpan toksin dalam badan kita secara sementara sebelum dineutralkan oleh organ hati dan dikeluarkan dari dalam badan kita. Namun, menjadi bahaya apabila 'benign cell' sudah tidak mampu menampung toksin yang masuk ke dalamnya dan akhirnya menjadi sel kanser aktif. Apabila sel kanser sudah aktif ia akan mengeluarkan sejenis enzim yang akan memusnahkan kolagen (tisu penghubung antara sel) dan akan merebak ke sel-sel yang berhampiran sehingga satu bahagian organ akan menjadi kanser. Sel kanser akan menghasilkan sel-sel kanser yang baru dengan cepat dan sel-sel kanser yang lama juga tidak mati. Tahap kanser yang paling bahaya (tahap empat) apabila kanser sudah mencapai tahap metastasis (metastasize). Pada tahap ini, sel-sel kanser sudah berjaya memasuki sistem peredaran darah dan akan merebak ke seluruh bahagian badan menyebabkan organ-organ lain juga terkena kanser.

Cara terbaik untuk menyembuhkan kanser ialah dengan menguatkan sistem imunisasi badan dengan khasiat seimbang, meningkatkan kadar oksigen dan detoksifikasi yang berterusan. Menurut kajian pakar kimia Jerman Otto Heinrich Warburg dua punca utama sel normal bertukar kepada sel kanser ialah pH badan bersifat asid dan kekurangan oksigen dalam badan. Sel yang kekurangan oksigen juga boleh bermutasi menjadi sel kanser yang aktif.



Gambar di bawah menunjukkan secara ringkas bagaimana kanser berlaku dan cara mengatasi kanser secara semulajadi.




Selain itu adalah sangat penting untuk memastikan kadar oksigen dalam badan sentiasa cukup untuk mengelak sel normal bermutasi. Suplemen oksigen AO II boleh diamalkan untuk meningkatkan kadar oksigen dalam badan untuk mencegah dan menyembuhkan kanser.



Tips penjagaan kesihatan untuk mengelakkan kanser:
1. Makan makanan bersifat alkali 80 peratus dan makanan bersifat asid hanya 20 peratus.
2. Sentiasa tingkatkan kadar oksigen dalam badan untuk metabolisme yang sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan