Navigator

Kebaikan Elken Spirulina

Sembuhkan Penyakit

ELKEN Online

Khamis, 19 Jun 2014

Empat Langkah untuk Sihat

Menurut 6 faktor penyakit, penyakit kronik berlaku bukan disebabkan kuman tetapi disebabkan oleh toksin / racun yang masuk dalam badan kita. Racun memang tiada ubat tetapi boleh dibersihkan dari dalam badan kita. Tiga langkah awal konsep MRT Elken adalah pembersihan racun dari dalam badan kita dan langkah yang keempat ialah pelarasan kesihatan. 

Langkah Pertama: Makan makanan seimbang
Menurut pakar kesihatan dari Sweden Dr. Ragnar Berg pemakanan yang seimbang apabila kita mengambil makanan bersifat alkali 80 peratus dan asid 20 peratus. Makanan bersifat alkali ialah sayur, buah, susu, keju dan putih telur. Menurut pakar pemakanan kesihatan wanita pertama dunia Dr. Adelle Davis, pemakanan yang seimbang ialah apabila kita mengambil sekurang-kurangnya 40 jenis nutrien perlu dari 5 kumpulan makanan yang utama iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral. Dr. Adelle Davis sangat terkenal dengan ungkapan "you are what you eat". Dalam Elken tiga produk kesihatan yang membantu memenuhi kedua-dua syarat makanan seimbang ialah: Elken Spirulina + Ester-C + Epa Dha.

Elken Spirulina ialah makanan kesihatan dari kategori sayur dan berisfat alkali. Ester C ialah makanan kesihatan dari kategori buah dan bersifat alkali. Epa Dha ialah makanan kesihatan yang dihasilkan dari isi ikan laut dalam seperti ikan tenggiri, ikan tuna dan ikan bilis dan juga dari kategori ikan bersifat asid. Kombinasi Elken Spirulina dan Ester C mewakili 80 peratus makanan bersifat alkali dan Epa Dha mewakili 20 peratus makanan bersifat asid. 

Persoalannya kenapa harus sayur spirulina yang kita makan. Ianya kerana spirulina adalah rumpai laut atau sayuran yang dikesan oleh pakar pemakanan kesihatan Jepun satu ketika dulu mengandungi 46 nutrien perlu. Dengan teknologi Jepun yang terkini pula mendapati bahawa spirulina mengandungi lebih dari 60 nutrien perlu dari lima kumpulan makanan utama dan empat jenis pewarna asli (pigmen) tumbuhan. Namun harus hati-hati kerana di dunia ini terdapat 35 jenis spirulina dan hanya 3 jenis sahaja yang boleh dimakan oleh manusia yang berkhasiat dan spesies yang terbaik ialah spesies Platensis yang mana digunakan untuk menghasilkan Elken Spirulina seratus peratus semulajadi dan organik tanpa tambahan apa-apa. Kita memerlukan setiap hari sekurang-kurang 40 khasiat kerana badan kita ada 90 organ utama dan setiap organ memerlukan nutrien yang berlainan. Contohnya otak memerlukan vitamin B12 dan terbukti di Jepun dengan mengamalkan spirulina Platensis telah meningkat akademik sebanyak 81 peratus. Organ mata pula memerlukan vitamin A yang kita dapat dari zat Beta Karotena dan disintesiskan oleh badan kita sebagai pro vitamin A. Organ hati memerlukan vitamin A, C, E dan mineral selenium. Tulang memerlukan kalsium, vitamin D dan magnesium. Penyakit anaemia pula disebabkan kekurangan zat besi dan vitamin C. Masalah kencing manis pula dikaitkan dengan organ pankreas yang kekurangan mineral kromium. Kesimpulannya setiap organ harus mendapat nutrien yang sesuai untuk fungsi optimum.

Ester C ataupun vitamin C pula merupakan vitamin pertama yang mesti ada dalam diet / pemakanan kita. Ini kerana tanpa vitamin C badan kita tidak akan dapat menyerap nutrien yang lain dengan baik. Ini kerana, apabila kita makan vitamin C, badan kita akan sintesiskannya menjadi kolagen yang mana akan menyuburkan setiap sel yang ada dalam badan kita agar dapat menyerap nutrien lain dengan baik. Kolagen adalah struktur utama tisu penghubung antara sel dalam badan kita. Pengambilan Ester C atau vitamin C boleh menghalang kanser, tekanan darah tinggi dan meningkat sistem imunisasi badan kita. Fungsi vitamin C untuk badan kita diumpamakan sebagai kunci kepada kereta, tanpa kunci kereta tidak dapat dihidupkan. Tanpa vitamin C penyerapan nutrien tidak akan berlaku dalam badan kita.

Epa Dha pula diperlukan oleh badan kita untuk kesihatan otak, jantung dan saluran darah. Dha merupakan komponen utama struktur otak kita. Epa pula diperlukan bagi kesihatan sistem peredaran darah kita. Saluran darah kita jika disambungkan semuanya mampu mengelilingi bumi sebanyak dua setengah kali. Masalah saluran darah kita apabila kita gemar makan makanan berlemak, berminyak, goreng, makanan segera seperti ayam goreng, ayam panggang, nasi lemak, makanan sup dan lain-lain yang tinggi kandungan kolestrol. Kolestrol akan melekat sedikit demi sedikit di saluran darah kita hingga akhirnya saluran darah kita mengecil menyebabkan masalah tekanan darah tinggi. Pemakanan kita yang tinggi garam pula menyebabkan darah kita menjadi pekat. Darah yang pekat dan saluran darah yang mengecil menyebabkan strok dan serangan jantung boleh berlaku pada bila-bila masa. Kolestrol yang melekat pada dinding saluran darah kita dalam kolestrol jahat yang dikenali sebagai LDL (low density lipoprotein). Kolestrol yang baik HDL (high density lipoprotein) adalah kolestrol yang diperlukan oleh badan kita membuat tenaga. Dengan meningkatkan pengambilan HDL menyelesaikan masalah saluran darah tersumbat. HDL boleh didapati dalam Epa kerana ia diambil dari isi ikan laut dalam yang kaya dengan HDL. Buktinya orang Jepun dan Eskimo gemar makan ikan laut dalam dan mempunyai rekod strok dan serangan jantung yang paling rendah di seluruh dunia. Epa Dha boleh diumpamakan sebagai JKR yang membersihkan highway (saluran darah) yang ada dalam badan kita.

Langkah Kedua: Meningkatkan Kadar Oksigen dalam Badan
Tanpa air dan makanan manusia boleh hidup selama berminggu-minggu. Namun, tanpa oksigen manusia hanya boleh hidup dalam beberapa minit sahaja. Oksigen sangat penting untuk hemoglobin darah agar darah boleh beredar/mengalir dengan lancar melalui saluran darah kita untuk membekalkan zat, air, oksigen dan hormon ke seluruh badan kita agar 90 organ utama dan 60 trilion sel dalam badan kita dapat berfungsi dengan baik. Peredaran darah yang lancar juga penting untuk menyingkirkan sisa metabolik dari dalam badan kita.

Pencemaran udara menyebabkan bekalan oksigen berkualiti semakin berkurangan terutama di kawasan bandar. Selain itu, kurang rehat juga menyebabkan bekalan oksigen dalam badan berkurangan. Kekurangan oksigen boleh menyebabkan penyakit kronik moden yang serius seperti peredaran darah tidak lancar, sel yang kekurangan oksigen juga boleh bermutasi menjadi sel kanser aktif, masalah otak dan sistem saraf pusat, radang paru-paru, masalah jantung, masalah sistem pembiakan, menyebabkan kurang fokus dan tumpuan, menjadikan sesorang tidak aktif, kemurungan, tekanan dan lain-lain.

Cara terbaik untuk meningkatkan kadar oksigen dalam badan kita ialah dengan bersenam. Namun, pencemaran udara menyebabkan aktiviti bersenam semakin tidak membantu untuk meningkatkan kadar oksigen berkualiti dalam badan kita bahkan menyebabkan kita juga terdedah kepada masalah pencemaran udara.

Alternatif terbaik ialah dengan mengamalkan produk kesihatan ELKEN seperti berikut:
1. Elken Guasa
Guasa merupakan terapi mengurut yang membolehkan peredaran darah kita menjadi lancar dengan mengeluarkan toksin yang terkumpul dalam saluran darah ke permukaan kulit. Peredaran darah yang lancar membolehkan oksigen dibekalkan dalam kadar yang sepatutnya ke seluruh badan kita.
2. Elken AO II
AO II merupakan suplemen kesihatan yang dicapurkan ke dalam air minum.


Langkah Ketiga: Pembuangan Racun Badan (Detoksifikasi)
Menurut faktor-faktor penyakit kronik moden, punca utama kita sakit adalah disebabkan oleh racun yang banyak masuk ke dalam badan kita. Sebelum kita tahu cara detoksifikasi badan yang terbaik, kita harus tahu terlebih dahulu bagaimana racun yang paling banyak terbentuk dan terkumpul dalam badan kita. Racun paling banyak terbentuk dalam badan kita adalah pada organ usus (sistem perkumuhan). Panjang usus bersamaan dengan enam kali ketinggian kita. Bayangkan begitu panjangnya usus kita.

Faktor utama yang menyumbang kepada masalah usus hari ini ialah tabiat pemakanan yang lebih banyak daging dan kurangnya serat dalam pemakanan. Tabiat pemakanan yang betul adalah 80% pemakanan yang berunsurkan serat dan hanya 20% yang berunsurkan daging. Ini kerana daging sukar untuk dihadam dan dikumuhkan. Pemakanan yang kurang serat dan banyak daging menyebabkan sisa makanan (daging) melekat sedikit demi sedikit pada dinding usus. Menurut pakar walaupun kita membuang najis setiap hari, masih tertinggal 2-3 kg najis dalam usus besar (kolon) kita. Najis yang tidak dikeluarkan dalam tempoh 36 jam akan mula menghasilkan cecair yang mengandungi 22 jenis racun. Racun yang terbentuk ini akan diserap semula ke dalam badan kita menyebabkan pengracunan semula badan (auto-intoxication). Racun ini akan merosakkan sel, tisu dan organ dalam badan kita. Organ pertama yang akan mula bermasalah ialah organ hati kerana hati adalah organ yang berfungsi meneutralkan racun dalam badan kita. Organ hati yang bermasalah akan menunjukkan simptom-simptom seperti badan dan mata kekuningan.

























Penyelesaian terbaik untuk masalah najis terlonggok dalam usus ialah dengan mengamalkan Fujita Lactose-S selama 3-6 hari berturut-turut. Cuci usus dengan Lactose-S mampu mengeluarkan najis yang terlonggok dalam usus serta membantu mengekalkan nisbah 80% bakteria baik dan 20% bakteria jahat dalam usus. Jumlah bakteria baik dan bakteria jahat seperti di atas membantu mengekalkan kesihatan usus dengan mengatasi masalah usus yang serius sperti kanser usus dan sebagainya.








Langkah Ke-empat: Pelarasan Kesihatan
Pelarasan kesihatan memfokuskan kepada masalah penyakit sistem tubuh kita.

1. Sistem Pernafasan



2. Sistem Peredaran Darah


3. Sistem Pencernaan


4. Sistem Perkumuhan


5. Sistem Saraf Pusat



6. Sistem Tulang dan Rangka


7. Sistem Imun


8. Sistem Endokrin


9. Sistem Pembiakan (W)



10. Sistem Pembiakan (L)


Rabu, 18 Jun 2014

Enam Faktor Penyakit Kronik Moden

Penyakit kronik moden tiada ubat kerana ianya bukan disebabkan oleh kuman. Sebaliknya penyakit kronik disebabkan oleh 6 Faktor seperti diterangkan di bawah:

Enam Faktor Penyakit Kronik Moden:
1. Pencemaran udara
Udara kita sangat tercemar pada hari ini terutama sekali di kawasan bandar. Pencemaran menyebabkan level oksigen menurun menyebabkan gangguan kesihatan yang sangat ketara terutama sekali masalah penyakit kepada sistem pernafasan kita. Menurut kajian pakar 1 batang rokok mampu mengeluarkan lebih 4000 jenis bahan bertoksik seperti karbon monoksida, nikotin, metana, butana, arsenik, merkuri, metanol dan sebagainya. Sebagai contoh karbon monoksida adalah sangat beracun kepada sel tubuh kita. Manakala nikotin pula menyebabkan ketagihan dan menyebabkan dinding saluran darah kita mengeras atau hilang keanjalan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, strok dan penyakit jantung. Asap kereta pula mampu mengeluarkan toksik bersamaan dengan 99 batang rokok. Lingkaran nyamuk juga mampu menghasilkan toksik bersamaan 100 batang rokok. Antara risiko utama pencemaran udara ialah radang paru-paru, tekanan darah tinggi, kanser dan boleh juga dikatakan hampir semua penyakit kronik berkait rapat dengan masalah pencemaran udara kerana oksigen diperlukan oleh semua 60 trilion sel yang ada dalam badan kita.

2. Pencemaran Air
Jika dahulu air kita adalah kotor kerana dicemari oleh lumpur, bakteria dan bahan-bahan terampai. Namun, kini air kita dikatakan sakit kerana dicemari oleh bakteria, lumpur, bahan terampai, bahan kimia industri, sisa racun perladangan, logam-logam berat, sisa ubat-ubatan, bahan radioaktif dan sebagainya. Air yang tercemar boleh menyebabkan banyak masalah kepada kesihatan kita kerana 70 peratus badan kita adalah air. Antara masalah yang boleh timbul ialah rosak buah pinggang, batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing, kanser, tekanan darah tinggi, masalah sendi, gout, katarak dan sebagainya. Satu-satunya penyelesaian masalah air ialah dengan menggunakan penulenan air osmosis songsang (RO) kerana ianya ditapis oleh membran sehalus 0.0001 mikron seperti sehelai rambut dibelah menegak sebanyak 500,000 kali. Namun, harus dipastikan sistem penulenan air tersebut diluluskan oleh Persatuan Kualiti Air Antarabangsa (WQA) dan NSF.

3. Tekanan Harian
Tekanan juga merupakan faktor penyakit kronik. Ini kerana apabila kita tertekan, enzim dalam badan kita akan rosak. Enzim berfungsi menukarkan makanan yang kita makan kepada zat yang seterusnya boleh digunakan oleh badan kita dalam bentuk tenaga. Namun, jika enzim badan kita rosak makanan yang kita makan akan bertukar menjadi toksin. Ini kerana enzim sangat penting bagi menentukan fungsi metabolisme badan kita. Jika enzim kita bagu,s metabolisme badan kita normal. Sekiranya enzim kita rosak, metabolisme badan kita jadi tidak normal:

4. Kurang Bersenam
Gaya hidup moden menyebabkan kita kurang bersenam. Kurang senaman menyebabkan tahap oksigen dalam badan kita menurun. Bersenam juga membantu menyingkirkan toksin dari dalam badan kita. Ini kerana, selepas bersenam kita akan berpeluh. Bersenam sepatutnya harus dilakukan setiap hari dalam tempoh 15-20 minit untuk membantu mengeluarkan toksin dan meningkatkan kadar oksigen dalam saluran darah kita yang seterusnya melancarkan peredaran darah kita dan membolehkan setiap sel dalam badan kita menerima nutrien, air dan oksigen pada masa yang tepat. Namun, bersenam harus dilakukan hanya pada waktu siang. Bersenam pada waktu malam adalah tabiat yang tidak baik kerana level oksigen pada waktu malam adalah rendah. Kerap bersenam waktu malam boleh menyebabkan masalah pada paru-paru seperti penyakit paru-paru berair.

5. Kurang Rehat (Tidur)
Rehat di sini bermaksud tidur. Tidur yang normal adalah 6-8 jam setiap hari. Waktu yang sangat penting (wajib) untuk tidur ialah pukul 1-3 pagi. Pada waktu ini kita harus tidur kerana pada masa ini organ hati kita akan berfungsi mengeluarkan racun dari dalam badan kita yang mana akan kita buang selepas bangun melalui air kencing dan air besar. Air kencing warna kekuningan bermaksud toksin dikeluarkan semasa kita tidur. Tidur juga harus dalam keadaan gelap kerana apabila kita tidur dalam keadaan gelap badan kita akan menghasilkan melatonin sejenis bahan dalam badan kita yang boleh melawan kanser. 
6. Tiada Makanan Seimbang
Pemakanan seimbang sangat penting bagi menentukan fungsi sistem badan yang optimum. Masalah tabiat pemakanan hari ini ialah kekurangan nutrien yang perlu terutama protein tumbuhan, vitamin dan mineral. Masyarakat di Malaysia hari ini terkenal dengan banyak makan namun kurang khasiat. Pemakanan kita hari ini tinggi karbohidrat, lemak, garam, gula, kolestrol dan kalori. Namun ianya rendah vitamin, mineral dan protein tumbuhan.Masyarakat zaman moden ini lebih gemar memakan makanan segera, terproses dan kurang khasiat. Pola pemakanan seperti ini menimbulkan banyak masalah kesihatan seperti obesiti, hipertensi, strok, penyakit jantung, kanser, kencing manis dan sebagainya.

Kesimpulan daripada 6 faktor penyakit di atas kita dapat nampak semua 6 faktor menyebabkan pengumpulan toksin dalam badan kita. Toksin kata seertinya ialah racun. Penyakit kronik moden tiada ubat kerana ia bukan disebabkan oleh kuman namun ia disebabkan oleh racun yang masuk dan terkumpul dalam badan kita. Racun tidak boleh diubati namun ia boleh dibersihkan dari dalam badan kita. Pembersihan racun dari dalam badan kita dapat dilakukan dengan 3 langkah asas yang akan membawa kepada langkah yang keempat iaitu pelarasan kesihatan.